Pengalaman Salih Al Mazi
Pada suatu malam bertepatan
malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan
solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh
dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil
membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur
memandangkan waktu subuh masih lama lagi.Tiba-tiba dia tertidur dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang
lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung,
gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang
malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan.
Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.Malaikat mendatangi para
ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu
talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat
satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih
itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan
duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih
mengapa?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam
yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu.
"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi.
Si
pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang
yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari
pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah
itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si
pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya
dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari
jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia
seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan
mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya
ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2
ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus
pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari
beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal
mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :
"wahai
salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia
keluar dari dalam perutku.Dia membesar dengan minum susu dari dadaku
dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al
Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau
begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu
keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil
wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku
tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku
masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang it
disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu
dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi
amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu
malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid
jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah
di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.
"
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya,
Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan
berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih
Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa
gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan
sedekah dan doa dari ibunya.
P/S : Sila kongsikan kepada teman-teman anda~Dinda
0 comments:
Post a Comment
Pendapat anda? Sila tinggalkan komen :)