type='text/javascript'/>

Wednesday, July 4, 2012

2 PERKARA BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGUKUHKAN HUBUNGAN RUMAHTANGGA



Perkara pertama : Sentiasa sedar bahawa anda sudah berkahwin dan anda ada pasangan anda

Apabila anda berkahwin, kawan paling rapat anda adalah pasangan anda sendiri. Jika anda abaikan dia, anda akan mula renggang dengan dia. Anda perlu sentiasa sedar bahawa pasangan andalah penyokong paling setia anda. Segala rahsia anda, dia perlu tahu dan segala aktiviti anda, dia juga perlu tahu. Tidak ada istilah rahsia dengan pasangan anda kerana ia hanya akan memburukkan suasana di masa hadapan nanti.

Kemana sahaja anda pergi dan apa sahaja yang anda lakukan, ingatan pada pasangan anda perlu di utamakan. Hargai pasangan anda secara menyeluruh......



Perkara kedua ; Jangan mengawal pasangan anda tetapi amalkan sikap bersama – sama dengan pasangan anda

Jangan jadi seorang yang suka memberi arahan pada pasangan anda seperti dia perlu buat itu, dia perlu buat ini. Sebaliknya, anda bekerjasama dengan dia. Apabila anda selalu bekerjasama dan bertolak ansur, anda berdua tidak ada perasaan terkilan antara satu sama lain. Seterusnya anda berdua tidak akan saling syak wasangka.

Anda tidak boleh memaksa pasangan anda untuk melakukan yang dia tidak suka. Apabila anda lihat pasangan anda bersikap dengan cara yang salah, anda usaha untuk didik dia dengan kasih sayang bukannya melalui paksaan dan marah – marah.....


~Dopteb RAP~

0 comments:

Post a Comment

Pendapat anda? Sila tinggalkan komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2012 | Realiti Alam Perkahwinan | Templates Designed by Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™