Huh, lawak antarabangsa betul. Macam
mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah
ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh
pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu
sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk
hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab
pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku
dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku
dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,
abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri
aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy
pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku
dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum
seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan
laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu
keluar. Huh ,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam
sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di
pandangan mata. Aiman, sebagai suami
tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di
sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat
mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap
bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit.
Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di
capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk.
Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang
dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je
jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta
di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba
di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin.
Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang
hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke?
Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil
dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana
tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai
itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian
abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia
bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.”
Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.
“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami
yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat.
Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku
jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam
fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen
di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang
iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat
tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat
perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas
tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah
memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang
Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?”
kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.
Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..”
main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman
ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat
Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri
ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini
jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat
apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?”
“er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab
Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah.
Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak
di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti
masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak –
hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak
berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari
isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki
tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan
bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati
Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala.
Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar
masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak
apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi
selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah
berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak
buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman
senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen
Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang
masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni.
ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman
pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa
apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh
je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.”
Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah
abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami
solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman
malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.”
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia
menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri
saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum
dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.”
Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz,
Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah
membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia
hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu
menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di
birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya
ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu
je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke
pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di
surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila
dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia
nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan
tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik
mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya
dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik-
pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak
Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia
nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak
cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.
“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah
kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung.
“tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama
itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa
lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai
solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.
Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke?
Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk
rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah
kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?”
tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu, saya bukan
sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata
Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman
tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”
Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang
sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum
tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya
mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah
dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.”
“abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah
nampak senyuman isterinya
di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi
berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung.
Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan.
Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak
pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa
yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di
kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka
beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara
Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang
tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat
selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan
tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada
suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk
bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung
Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak
cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.”
Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita
drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di
atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga
nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “
apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh,
ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama
Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar
lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku
Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang
terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman
dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk
dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru
download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar
alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin
selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong
langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”
Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita
tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita
membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka
melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam
pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta
kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita
abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia
menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr..
awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan
Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la.
Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak,
dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang
Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun
bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya
mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli
dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata
Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar
dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik
hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai
buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada
tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum
paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba,
Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita
try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka
telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,
romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami
yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak
beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack,
isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna
match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah
berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang
jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang
tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak
kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman
senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman
mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang
buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah
masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.”
Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah
Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.
“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata
Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off
laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah
selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan
masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang
menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman
menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang
beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu
mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu
kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh
manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap
abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak
sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari
dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu
pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk
ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah,
ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang
sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah
tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil
ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da
duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato
Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah…
tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini
telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh
Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik
je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang
abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu
masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang
ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..”
rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan
untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.
Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah
balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah
pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak?
Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku
ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir.
Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya!
Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan
kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along
cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau
diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!”
Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali
tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu
masalah di pejabat sekarang masalah isterinya
pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa
dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..”
sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar.
Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah
sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah
beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu
hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak
demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan
bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya
berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu
masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman
senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang
kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak
tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi.
“abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong
lah abang. Saya nak jadi isteri
yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu
dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah
sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya
Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study
saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan
kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang
kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang
lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan
seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di
samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak
berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan
biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah
dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai
Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam
berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai
Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan
ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang
menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang
halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH
itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca
artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah.
Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib
ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka
surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala
harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg
menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah, tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan
isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak
mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat
pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali
abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum.
Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk
tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je
isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon
ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada
risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham.
Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati
dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.”
Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur, abinya seorang yang
memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan
di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak
mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email
versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok
Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat
melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk
suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya
senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..”
esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.
“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka
bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga
dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu
sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada
conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya
itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu
abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti
Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.”
Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke
rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak
juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah
memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara
je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan
mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita
suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin
lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah
yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak
macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan
turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat
restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah
retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.
Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita
dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah
terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus
menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah
itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di
buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.”
Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut.
Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan
dia menghantar isterinya
itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik
sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni.
Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman
membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat
qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk
menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak
Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke
pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah
mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh
Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa
halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman
bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada
terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan
sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan
semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun
nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta
halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa
saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman
hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah
geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.”
Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau.
Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi
lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman
mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman
ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke
dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan.
Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit
akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat
tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya
seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak
masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman
memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang
pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!”
terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan
saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar
rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu
tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar
rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!”
meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya
yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya!
Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah
dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa
dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman
jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya
Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah
saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap,
bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap.
Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri
saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman,
berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.”
Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam
mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab
soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah
sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.
Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak
kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study
saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan
kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang
kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang
lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir
Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu
berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman
membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu
keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya
itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk
kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih
Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran
tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah
memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman
tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak
bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran
berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu
tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari
luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia
nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman
melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah
lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah
hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di
tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman
mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya
lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran
menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di
tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya
itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click
sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan
Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di
ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia
menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman
menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3
itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu
ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”
kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya
itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah.
Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui
Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan
abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu
itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang
yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan
tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk
membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi
Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia
kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak
pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium
tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid.
Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia
membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh
umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir
ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik
balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman
baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan
badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan
Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di
lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman
bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan
menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya
sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di
katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum
arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu
pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk
bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi
dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah,
semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah
tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh
dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita
akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab
dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang
bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi
ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di
iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau
akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita
berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau
neraka yang menanti. wallahua’lam…
0 comments:
Post a Comment
Pendapat anda? Sila tinggalkan komen :)