type='text/javascript'/>

Sunday, May 20, 2012

Kejayaan RAP Menyelesaikan Masalah Klien :: Kes : Suami Bermesej Lucah Dengan Wanita Lain



Assalamualaikum,

Alhamdulillah...Kami telah berjaya membantu seorang fans yang sedang mengalami masalah seperti yang tertulis diatas.Ini semua berkat usaha fans yang turut sama-sama memberi pendapat sekaligus membantu puan ini menyelesaikan masalah beliau.Jom kita tengok apa masalah beliau dan bagaimana kes ini dapat diselesaikan :)


Ini Jawapan Kami :

Salam puan,perempuan mana tak luluh hati bila mengalami situasi ini...Saya juga seorang perempuan...Alhamdulillah sy belum mengalami situasi seperti ini...Saya akan cuba bantu sedaya upaya...

Langkah pertama :


-Puan perlu berbincang dengan suami...tanya kenapa dia berbuat demikian..bertanyalah dengan tenang,bukan dengan kata2 kesat...kalau puan terus berdiam diri,ia tidak akan menyelesaikan apa2...malah hati puan makin sakit...bila hati sakit,akan timbul kemarahan,keraguan yang membuak2...bila ada semua itu,maka senanglah si bertanduk (syaitan) akan menghasut...


Saya amat cadangkan puan berbincang perkara ini dengan suami puan.Dengar apa jawapan darinya.Selalunya mungkin dia akan jawab sekadar suka2...tak melibatkan perasaan dan lebih2.Jika dia memberi jawapan seperti itu,puan perlu menasihati dia,menyedarkan dia yang puan juga mampu memberi apa yang perempuan lain ada...Katakan padanya yang apa yang dia buat itu HARAM,HARAM berhubung sebegitu dengan perempuan yang bukan muhrim...


Puan juga saya cadangkan agar memberi perhatian yang lebih dari sebelum ini kepada beliau...Contohnya,Jika dia mula online,puan terus hampiri dia dan goda...


Selain itu,suka saya ingatkan klien2 saya supaya berdoa,berdoa dengan bersungguh semoga dijauhkan segala perkara yang tak diingini...


Semoga apa yang saya coretkan ini sedikit sebanyak memberi kesan agar puan dapat bertindak dengan lebih lanjut...


Kes puan akan saya postkan di wall,mungkin ada pendapat lain yang boleh puan guna pakai...Identiti akan saya rahsiakan...


~Dinda~




Dan di bawah ini pula rentetan dari tindakan beliau setelah mengambil kira semua pandangan dan nasihat kami dan fans...Alhamdulillah beliau berterima kasih kepada semua fans yang memberi pendapat dan nasihat :)



 Syukur ke hadrat Ilahi...lega dan lapang dada rasanya bila dapat selesaikan satu masalah orang lain.Lebih-lebih lagi mengembalikan dua hati ke mahligai yang asal.Biarpun kita tak kenal siapa dia,kan?Mudah-mudahan usaha kami,usaha semua fans yang menaip,yang meluangkan masa membantu saudara sesama Islam diberkati Allah s.wt.Amin.

~Mereka yang punya sebarang masalah boleh berkongsi bersama kami di SINI

0 comments:

Post a Comment

Pendapat anda? Sila tinggalkan komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2012 | Realiti Alam Perkahwinan | Templates Designed by Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™